KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Pengertian Bimbingan
Secara umumnya bimbingan merupakan proses memberikan
panduan dan nasihat kepada seseorang. Dari konteks pendidikan, bimbingan
merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada
murid yang bermasalah.
Bimbingan juga merupakan proses pendidikan yang memberi pertolongan positif kepada seseorang individu supaya dapat membuat pemilihan bijak dari aspek peribadi,kerjaya dan sosial.
Bimbingan juga merupakan proses pendidikan yang memberi pertolongan positif kepada seseorang individu supaya dapat membuat pemilihan bijak dari aspek peribadi,kerjaya dan sosial.
Istilah bimbingan telah diberikan pelbagai
makna oleh tokoh-tokoh pendidikan.Antara makna bimbingan yang telah diberikan
oleh beberapa tokoh pendidikan adalah seperti berikut :
- Shertzer dan Stone(1974) menerangkan bimbingan sebagai suatu proses yang membantu individu memahami diri dan dunia mereka.
- D.W. Lefever (1970) menyatakan bahawa bimbingan merupakan suatu proses pendidikan yang berterusan, tersusun dan sistematik.
- George, R.L. dan Cristiani, T.S. (1995) menjelaskan bimbingan sebagai kegiatan memberi maklumat yang berkaitan dengan minat dan keperluan peribadi murid.
Dengan ini dapat dirumuskan bahawa bimbingan merupakan proses untuk membantu pelajar supaya lebih mengerti keperluan dirinya, minat yang terdapat dalam dirinya, kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam dirinya untuk menjadi individu yang lebih baik. Ini juga bagi membantu pelajar menggunakan potensi dan peluang pendidikan yang ada dengan bijak bagi memajukan diri sendiri. Bimbingan juga merupakan proses menolong seseorang menentukan matlamat jangka masa panjang dan pendek dalam hidup dan membaiki sikap dan tingkah laku seseorang individu untuk menjadi lebih baik.
Pengertian Kaunseling
Setiap orang mungkin mengalami pelbagai jenis masalah dalam diri mereka. Adakalanya kita mengalami permasalahan dari segi pemikiran, emosi, keluarga, pembelajaran dan sebagainya.Adakalanya kita juga mungkin mengalami tekanan dalam membuat sesuatu keputsan dalam hidup. Dari sini dapatlah dilihat bahawa masalah ini sedikit sebanyak dapat ditangani dengan sesi kaunseling. Jadi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kaunseling?
Istilah kaunseling sebenarnya berasal daripada perkataan 'counselling'. Perkataan ini telah diberikan pelbagai definisi oleh pelbagai tokoh yang pakar dalam bidang ini. Antaranya ialah :-
- Shertzer dan Stone (1974) mentakrifkan bahawa kaunseling merupakan proses interaksi yang membolehkan individu memahami dan persekitarannya.
- Blocher (1974) menjelaskan kaunseling sebagai suatu proses menolong individu supaya dia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana dia dapat bertindak balas dengan persekitarannya.
- James(1982) menyatakan kaunseling merupakan proses pembelajaran yang lebih menumpukan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehdendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ade pada diri individu.
- Patterson dan Eisenberrg (1983) menyatakan kaunseling merupakan proses pertemuan secara bersemuka antara klien dan kaunselor yang akan membawa perubahan kepada kliennya
Menurut Prof Dr. Othman (2000) kaunseling
merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi
arahan secara teratur serta mengandungi maklumat yang sesuai bagi menentukan
agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi
penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.
Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa
kauseling merupakan proses interaksi bersemuka antara kaunselor dan kliennya
untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien berasaskan
psikologi secara sistematik. Kaunseling bukanlah proses mempengaruhi tingkah
laku dengan cara mengugut atau mendesak klien tetapi kaunseling merupakan suatu
perkhidmatan professional yang memerlukan kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan
sikap yang tertentu.
PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KAUNSELING
|
ASPEK
|
BIMBINGAN
|
Kaunselor mestilah mempunyai
tauliah/sijil dalam bidang kaunseling
|
PROFESIONAL
|
Semua guru boleh dianggap sebagai pembimbing tidak memerlukan tauliah.
|
Perlu ada tempat yang mempunyai kriteria yang tertentu
|
TEMPAT
|
Boleh dilakukan dimana sahaja.
|
Perlu ada masa tertentu
|
MASA
|
Boleh dilakukan tidak kira masa.
|
Menerapkan banyak pangaplikasian teori
yang diiktiraf
|
TEORI
|
Tidak memerlukan teori hanya memerlukan
pengetahuan dan berkebolehan dalam memimpin.
|
MATLAMAT KAUNSELING
1. Membantu klien menyelesaikan masalah-masalah yang sedang mereka hadapi
dalam jangka masa pendek.
2. Membuat keputusan yang bijaksana serta memahami sebab sesuatu keputusan
itu dibuat.
3. Mempercepat perubahan tingkah laku yang positif ke atas klien.
4. Memperkembangkan bakat, minat dan kebolehan ke satu tahap yang optimum.
5. Mewujudkan perhubungan yang sihat dengan orang lain seperti ibu bapa,
adik beradik, rakan-rakan dan guru.
6. Membiasakan dirinya dengan hidup berdisiplin yang maksimum agar mencapai
matlamat kendiri.
7. Membantu klien bertanggungjawab ke atas dirinya.
Prinsip kaunseling disediakan bagi menjamin
kelicinan serta keberkesanan perkhidmatan kaunseling di sekolah.Antara prinsip
kaunseling yang dikemukakan oleh beberapa orang tokoh adalah seperti berikut:
- Kaunseling ialah proses yang bertujuan mempengaruhi perubahan tingkah laku klien secara sukarela dimana klien sendiri yang ingin mengubah tingkah lakunya dan meminta kaunselor untuk membantu mengubahnya.
- Kaunseling adalah untuk semua individu dan tidak dihadkan kepada mereka yang mempunyai masalah sahaja. Pendekatannya adalah lebih kepada mencegah daripada mambaiki.
- Setiap klien hendaklah diterima sebagai individu dan dilayan dengan baik. Kaunselor seharusnya memberikan penghormatan kepada hak-hak klien. Tanggungjawab untuk berubah dan mengarah hidupnya adalah terletak pada klien itu sendiri.
- Kaunseling dijalankan secara sulit dan semua bahan perbincangan hendaklah dirahsiakan.
- Kaunselor merupakan orang yang mahir serta berupaya menolong kliennya mengatasi masalah psikologi.
- Kaunseling mengadaikan bahawa setiap individu, termasuk kanak-kanak berhak membuat keputusan sendiri dan bebas membentuk personality sendiri serta membuat perancangan hidup sendiri.
KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1) Dapat membantu pelajar berkembang dalam
semua bidang yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka.
2) Membantu pelajar untuk membuat keputusan
dalam kehidupan mereka.
3) Membantu pelajar membuat pemilihan kerjaya
dan membuat persediaan dalam masa hadapan.
4) Membantu pelajar buat pilihan dalam
peringkat persekolahaan mereka.
5) Menolong pelajar membuat penyelesaian
terhadap masalah mereka.
6) Mengenal pasti kebolehan dan minat
pelajar dan memotivasikan pelajar.
7) Dapat mengenal pasti jenis pertolongan
yang diperlukan oleh pelajar.
ETIKA KAUNSELING
Etika kaunseling perlulah dipatuhi oleh
kaunselor bagi memastikan sesi kaunseling dapat berjalan dengan lancar. Antara
etika kaunseling yang perlu dipatuhi ialah:
1. Meningkatkan ilmu pengetahuan dari masa ke semasa.
Seorang kaunselor perlulah mempunyai ilmu pengetahuan bagi memberi
bimbingan yang terbaik kepada klien. Seorang kaunselor juga perlu
mengaplikasikan teori-teori yang berkaitan untuk membantu klien.
2. Menjaga tingkah laku demi memelihara profesion kaunseling.
Seorang kaunselor hendaklah menjaga bertingkah laku baik supaya
profesion kaunseling sentiasa dipandang mulia. Kaunselor hendaklah berusaha
memupuk ciri-ciri moral yang dianggap penting dalam memberikan khidmat yang
beretika. Antara nilai murni yang perlu dipupuk adalah seperti integriti,
penyabar,amanah dan kebijaksanaan.
3. Bertanggungjawab dengan klien.
Kaunselor mestilah mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap klien.
Kaunselor perlu memberikan bimbingan yang sewajarnya kepada klien. Seorang
kaunselor tidak boleh mengambil mudah masalah yang dihadapi oleh klien mereka.
4. Menghormati hak-hak klien
Kaunselor hendaklah menghormati hak-hak klien termasuk perkara peribadi
klien melainkan perkara itu membahayakan klien atau orang lain. Kaunselor tidak
boleh memaksa klien atau membuat keputusan untuk klien Kaunselor hanya boleh
memberikan idea atau cadangan kepada klien.
5. Menjaga kerahsiaan klien.
Kaunselor hendaklah menjaga kerahsiaan maklumat klien yang diperolehi
semasa sesi kaunseling kecuali maklumat itu boleh membahyakan klien dan orang
lain.
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH
1. Kaunseling individu.
Kaunseling individu dijalankan secara individu kepada seseorang murid.
Kaunseling individu bersifat peribadi.
2. Kaunseling Inventori Individu dan Rekod
-Mengendalikan fail bimbingan bagi setiap murid.
-Mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian dan
pentafsiran minat murid-murid.
-Mengawasi corak kehadiran murid-murid yang dirujuk untuk tujuan bimbingan
dan kaunseling.
-Menyelaras, menjaga dan mengemas kini rekod murid-murid.
-Memberikan maklumat tentang pencapaian dan kemajuan murid-murid
bermasalah untuk tujuan pendidikan pemulihan.
-Menjalankan kaji selidik dan membuat tafsiran tentang kes murid jika
perlu.
3. Perkhidmatan Memberi Maklumat
-Mengumpul dan menyebarkan maklumat pelajaran,
vokasional, latihan dan kerjaya kepada murid-murid.
-Menambah dan mengemas kini fail-fail maklumat
kerjaya,peluang-peluang latihan dan pelajaran.
-Mengendalikan lawatan kerjaya.
4. Perkhidmatan Bimbingan Kelompok
-Mengadakan bimbngan kelompok tentang masalah disiplin, pelajaran,
sosial, dan lain-lain topik kepada pelajar dari semasa ke semasa.
-Membantu murid memilih mata pelajaran pilihan mereka.
-Memberi motivasi kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan
seperti PT3 dan SPM.
5. Pemilihan kokurikulum/kerjaya
-Membantu murid-murid memilih kegiatan bidang
kokurikulum dan kerjaya yang sejajar dengan kebolehan,minat dan kemampuan
murid-murid itu.
6. Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah
-Mengadakan bimbingan individu atau kelompok untuk
menanam sifat benci akan dadah.
-Memberikan pertolongan kepada murid-murid untuk mendapatkan bantuan
pemulihan atau rawatan jika ada yang terlibat dengan dadah.
Teori Keperluan Abraham Maslow
Konsep
Asas Teori Keperluan Maslow dengan Motivasi
Maslow selanjutnya menggolongkan ketujuh-tujuh keperluan manusia dalam dua kategori, iaitu keperluan kekurangan dan keperluan kewujudan atau penyuburan. Keperluan kekurangan meliputi keperluan fisiologi,keselamatan,kasih sayang dan penghargaan kendiri.Hal ini kerana beliau berpendapat manusia sentiasa berusaha menyempurnakan diri, jika keperluan-keperluannya menghadapi masalah kekurangan, Manakala keperluan maklumat, estetik, akttualisasi kendiri dikategorikan sebagai keperluan penyuburan apabila semua keperluan dalam kategori keperluan kekurangan telah disempurnakan. Lazimnya, orang yang berusaha mengejar dan memenuhi keperluan penyuburannya seperti menggunkaan bakat dan menyempurnakan kendirinya, memperoleh ilmu pengetahuan dan menceburinya dalam bidang estetik adaalh orang yang telah berjaya mengatasi keperluan kekurangan. Ini bermakna, hanya semua keperluan dalam kategori dalam keperluan kekurangan telah dipenuhi barulah manusia akan cuba berusaha menggunakan potensinya untuk memenuhi kekurangan dalam tahap keperluan penyuburan.
TEORI
KAUNSELING
Teori Keperluan Abraham Maslow
Pada
mulanya, keperluan merupakan punca wujudnya motivasi.Tingkah laku yang timbul
adalah berpunca daripada motivasi dan motivasi ditimbulkan kerana keperluan
atau rangsangan.
Abraham
Maslow(1970) berpendapat bahawa seorang individu akan memenuhi keperluanasas
terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. Beliau pada asalnya
membahagikan keperluan manusia kepada lima peringkat dan menyusunya dalam
hierarki mengikut kepuasan yang tercapai oleh individu sendiri.
Maslow percaya bahawa setiap individu mempunyai ciri dalaman yang terdiri daripada potensi dan desakan untuk mencapai potensi tersebut. Kesedaran ciri ini wujud melalui ekspresi diri sendiri secara spontan dan tidak tersekat. Jika kebebasan ini deisekat seseorang itu akan menghadapi masalah.
Keperluan-keperluan manusia disusun mengikut hierarki. Keperluan paling asas ialah keperluan fisiologi, diikuti dengan keperluan keselamatan ,keperluan kasih sayang dan keperluan kendiri.
Maslow percaya bahawa setiap individu mempunyai ciri dalaman yang terdiri daripada potensi dan desakan untuk mencapai potensi tersebut. Kesedaran ciri ini wujud melalui ekspresi diri sendiri secara spontan dan tidak tersekat. Jika kebebasan ini deisekat seseorang itu akan menghadapi masalah.
Keperluan-keperluan manusia disusun mengikut hierarki. Keperluan paling asas ialah keperluan fisiologi, diikuti dengan keperluan keselamatan ,keperluan kasih sayang dan keperluan kendiri.
![]() |
Hierarki keperluan Maslow |
Konsep Asas Motivasi Dengan Teori Keperluan
Maslow
Teori Keperluan Maslow merangkumi tiga
konsep asas motivasi iaitu:-
a) Motivasi yang disebutkan dalam Teori
Keperluan sebenarnya ialah motivasi intrinsik. Motivasi intrinsik ini
merupakan kuasa dalaman yang berada dalam perkembangan fisiologikal dan
psikologikal manusia. Maslow berpendapat kuasa dalaman ini mendorong manusia
berusaha mengejar pencapian cemerlang yang biasanya berlaku secara spontan
tanpa kawalan atau rangsangan luar.
b) Teori Keperluan pula menghuraikan
perkaitan motivasi di antara hierarki keperluan. Apabila individu telah
mendapat kepuasan dalam sesuatu hierarki, keperluan dalam hierarki yang lebih
tinggi akan berlaku secara semula jadi. Bagaimanapun, sekiranya hierarki yang
lebih rendah masih belum mendapat kepuasan, keperluan dalam hierarki yang lebih
tinggi tidak dapat dikembangkan secara wajar.
Berdasarkan kajian Maslow, individu yang
mempunyai potensi untuk mengambil inisiatif sendiri untuk mendapat kepuasaan
dalam hierarki yang tinggi mempunyai ciri berikut:
a)
boleh memahami hakikat yang sebenar.
b)
mempunyai pemikiran tersendiri.
c)
boleh menerima diri, orang lain dan alam
semula jadi.
d)
boleh mengikut aliran masa tetapi tidak
kehilangan identity sendiri.
e)
mempunyai falsafah hidup dan moral sendiri.
f)
mempunyai minat meluas terhadap pelbagai
aktiviti sosial.
g)
mempunyai kawan karib dan suka menolong
orang lain.
h)
boleh menanggung konflik antara perasaan
gembira dengan kepahitan.
Aplikasi Teori Keperluan Maslow dengan
Kaunseling
Keberkesanan kaunseling bergantung kepada
setakat mana keperluan-keperluan klien dapat dipenuhi. Oleh itu, untuk mencapai
objektif kaunseling, kaunselor harus mempertimbangkan langkah-langkah yang
disarankan seperti berikut :
a)pastikan keperluan asas klien telah dipenuhi.
b)Jadikan suasana bilik kaunseling kondusif semasa menjalankan sesi kaunseling
agar kliennya berasa seronok, gembira, harmoni dan selamat semasa sesi
kaunseling.
c) Bersifat penyanyang untuk
memenuhi keperluan kasih sayang.
d)Memupuk nilai penghargaan kendiri klien serta memberi motivasi dan
peneguhan yang sesuai agar dia berusaha bersungguh-sungguh melibatkan diri
dalam sesi kaunseling.
e)Merancang aktiviti motivasi mengikut kebolehan klien dengan tujuan
meningkatkan keyakinan mereka dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi
keperluan penyuburan mereka.
f)Memupuk nilai motivasi diri
melalui bimbingan supaya klien memahami diri, menerima diri, melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti sosial dan seterusnya menentukan arah hidup dan
masa depan sendiri yang tertinggi.
PROSES KAUNSELING INDIVIDU
Proses
kaunseling bermula dengan pra-sesi membina hubungan dan membuat penstrukturan antara
kaunselor dengan klien. Hubungan boleh terbina
apabila persediaan kaunselor mencukupi,
layanan yang baik diberikan dan perbualan antara kaunselor dengan klien berlaku
dalam keadaan yang selesa dan terpeutik.
(a) Prasesi
Persediaan
Pada peringkat ini, kaunselor perlu
menyediakan diri dengan mengetahui serba sedikit tentang profil klien. Ini
boleh dilakukan dengan meminta klien mengisi borang biodata yang berkaitan
tentang perkara peribadi dan maklumat atau rekod-rekod mengenai klien.
Antara kemahiran yang diperlukan
adalah seperti berikut:
Perancangan
prasesi:- Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor
seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap
berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien, ini berguna untuk
membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat. Tingkah laku dan
prestasi yang ditunjukkan oleh bakal klien hendaklah disenaraikan manakala
tingkah laku standard dan prestasi yang dijangka juga perlu disediakan.. Kaunselor
juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa
banyak gangguan.
Keselesaan
klien:- Di awal sesi, kaunselor haruslah
cuba menjadikan klien lebih selesa. Bahasa yang digunakan perlulah mudah difahami. Kaunselor perlu nyatakan sebab pertemuan dengan jelas dan menekankan
yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan
bersedia membantu klien. Kaunselor perlu menggunakan kaedah yang tidak mengancam klien agar klien berasa selesa dan supaya matlamat kaunseling tercapai.
(b) Kemahiran
Membina Hubungan
Tahap ini termasuklah
memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dan memberikan
tanggapan pertama yang positif kepada klien.Kaunselor
mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan
menunjukkan kemesraan.
Berikut adalah beberapa kemahiran asas yang
diperlukan untuk membina hubungan:
Ø Membina suasana sekeliling. Oleh kerana sesi perbincangan
kaunseling selalunya mengambil masa kira-kira 30 minit atau lebih serta tajuk
perbincangan adalah serius, jadi tempat yang
sesuai diperlukan untuk sesi kaunseling. Kerusi meja
yang sesuai perlu disediakan. Keadaan bilik perlulah
tidak terlalu panas, terlalu sempit atau terlalu bising. Jangan gunakan tempat
lalu-lalang sehingga mengganggu pemerhatian klien atau kaunselor. Tidak ada bau
yang tidak menyenangkan seperti bau dari tandas yang berdekatan atau fail atau
buku yang bertimbun di atas meja sehingga menyusahkan penglihatan klien atau
kaunselor. Kaunselor perlu membina hubungan yang baik dengan klien bagi
menggalakkan klien bercerita atau meluahkan perasan secara tidak langsung tanpa
dipaksa. Hubungan yang baik dapat membantu kaunselor memahami masalah klien
dengan lebih mendalam lagi. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan
tingkah laku yang menyakinkan dan membentuk kemesraan. Selain itu, antara
tingkah laku yang mesti ditonjolkan oleh kaunselor adalah seperti menunjukkan
tingkah laku lisan yang mesra, menunjukkan
keinginan untuk menolong dan mendengar
apa yang diperkatakan oleh klien.
(c) Penerokaan masalah
Tugas
kaunselor adalah utnuk mendapatkan maklumat dan menganalisis maklumat
tersebut untuk mencari punca masalah. Masalah yang timbul berpunca daripada
tiga keadaan samada datang diri sendiri, orang lain tetapi
melibatkan diri klien dan takdir yang berlaku. Setelah punca masalah dapat
dikenalpasti kaunselor bersama klien akan menganalisis secara terperinci masalah tersebut. Ini bertujuan untuk membantu kaunselor membuat penerokaan secara
mendalam terhadap kliennya dan menimbulkan perasaan empati terhadap
permasalahan klien. Menurut Eisenberg dan Delaney (1977), peringkat penerokaan
adalah proses berlakunya komunikasi yang didorong keikhlasan dan kejujuran
serta berterus terang terhadap peranan
sebenar yang hendak dibincangkan antara ke dua-dua pihak. Bagi menjayakan sesi
penerokaan kaunselor perlu bermatlamat untuk mendapatkan sebanyak yang mungkin
permasalahan klien.
(d)
Mengenal Pasti Masalah dan Menentukan Matlamat Kaunseling
Peringkat
ini dilakukan selepas meneroka masalah klien sepenuhnya. Tujuannya adalah untuk
memudahkan kaunselor membantu klien menyelesaikan masalah yang di hadapi klien.
Ianya dibentuk hasil daripada perbincangan antara klien dan kaunselor setelah
masalah klien dikenalpasti. Kemahiran yang dilakukan pada peringkat ini adalah
untuk membantu memperjelaskan semula punca masalah dan membentuk matlamat sesi.
Selain itu, kemahiran yang lebih mencabar seperti konfrantasi dan membuat
interpretasi juga memainkan peranan yang amat penting.
(e)
Memilih Alternatif Penyelesaian dan Tindakan
Kaunselor
berbincang dengan klien untuk membentuk pelan tindakan untuk menyelesaikan masalah. Mereka akan membincangkan alternatif yang dipilih dengan
mengambil kelebihan dan kekurangan setiap pilihan yang dipilih. Kaunselor akan
menentukan jangka masa sesuatu perubahan harus berlaku. Selain itu, kaunselor
bertanggungjawab menilai kejayaan sesuatu alternatif yang dipilh melalui
maklumbalas yang diterima oleh klien itu sendiri. Dalam memilih
strategi-strategi ini, Suradi (1996) berpendapat bahawa ada empat strategi yang
harus diutamakan oleh seseorang kaunselor bagi memberi informasi kepada
kliennya.
Ø Satu gambaran tentang pendekatan rawatan yang ada kaitan dengan
kliennya
Ø Ada persefahaman pada tiap-tiap prosedur
Ø Kemungkinan sesuatu keadaan
bagi setiap prosedur itu termasuklah kebaikan dan risikonya sekali
Ø Waktu dan aktiviti-aktiviti yang terlibat pada setiap strategi itu
Peringkat
alternatif penyelesaian dan tindakan kaunselor perlu Prihatin terhadap
kemampuan perkembangan klien supaya dapat mengambil tindakan yang sesuai bagi
membantu klien.
(f) Penamatan dan susulan
Membuat penamatan adalah
peringkat akhir dalam sesi kaunseling selepas klien
dapat membantu dan memilih alternatif yang dianggap sesuai bagi mengatasi
masalah yang dihadapinya. Pada peringkat ini, kaunselor perlu menggunakan
peneguhan dengan tujuan menyakinkan klien dan memastikan
klien benar-benar melaksanakan alternatif yang dipilih. Selain itu,
kaunselor juga perlu memastikan objektif klien tercapai dan dia dapat
mengaplikasi pembelajarn yang diperolehi semasa sesi kaunseling di
dalam pergaulan seharian. Kemahiran lain yang perlu dilakukan oleh kaunselor
iaitu menstruktur sesi untuk penamatan, menyemak semula kemajuan dan pencapian
matlamat dan pengukuhan pembelajaran yang diperolehi. Secara keseluruhannya, proses
kaunseling diakhiri dengan penamatan iaitu kaunselor akan membuat rumusan besar
pada peringkat ini. Kaunselor akan menyatakan semula isi penting yang
diceritakan oleh klien pada awal sesi hingga mendapat jalan penyelesaian.
KEMAHIRAN ASAS DALAM KAUNSELING
Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan satu kemhiran yang paling penting dalam sesi kaunseling.Dalam konteks kaunseling terdapat beberapa perkara yang perlu didengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan oleh klien, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Oleh itu, dikatakan proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor. Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan, mata untuk melihat bagaimana gerak laku klien, hidung untuk menghidu bau-bau yang ada din sekeliling dan kadangkala deria sentuhan sebagai bersalam ataau memeluk klien.Seorang kaunselor harus lebih banyak mendengar daripada menyampuk percakapan klien.Ini adalah supaya kaunselor dapat benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan klien.
Selain daripada tutur kata, gerak geri klien juga perlu dilihat dan didengar sama.Ini kerana semua tingkah laku klien turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Kaunselor perlu memberikan perhatian sepenuhnya dan menunjukkan minat kepada kata-kata klien. Kemahiran mendengar bukan sahaja mendengar tetapi kaunselor perlu memahami perasaan klien dengan mendalam.Kaunselor perlu mempunyai kemahiran mendengar dengan empati.Empati bermaksud kaunselor merasakan apa yang sedang dirasai oleh klien.
Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan satu kemhiran yang paling penting dalam sesi kaunseling.Dalam konteks kaunseling terdapat beberapa perkara yang perlu didengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan oleh klien, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Oleh itu, dikatakan proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor. Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan, mata untuk melihat bagaimana gerak laku klien, hidung untuk menghidu bau-bau yang ada din sekeliling dan kadangkala deria sentuhan sebagai bersalam ataau memeluk klien.Seorang kaunselor harus lebih banyak mendengar daripada menyampuk percakapan klien.Ini adalah supaya kaunselor dapat benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan klien.
Selain daripada tutur kata, gerak geri klien juga perlu dilihat dan didengar sama.Ini kerana semua tingkah laku klien turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Kaunselor perlu memberikan perhatian sepenuhnya dan menunjukkan minat kepada kata-kata klien. Kemahiran mendengar bukan sahaja mendengar tetapi kaunselor perlu memahami perasaan klien dengan mendalam.Kaunselor perlu mempunyai kemahiran mendengar dengan empati.Empati bermaksud kaunselor merasakan apa yang sedang dirasai oleh klien.
Kemahiran Menyoal
Soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam sesebuah sesi kaunseling. Ini adalah kerana ia merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya, soalan akan ditanya oleh kaunselor dan dijawab oleh klien.
Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya tergugat.Namun kaunselor perlu memastikan soalan yang hendak ditanya bersesuian , mudah difahami dan memudahkan klien untuk menjawab soalan kaunselor. Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan tepat. Terdapat 2 jenis soalan dalam kemahairan menyoal iaitu soalan terbuka dan tertutup.
Kemahiran Prafasa
Kemahiran memprafrasa ini ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya. Matlamat utama ialah memudahkan penerokaan ke atas klien. Ia bertujuan untuk mendapatkan kepastian dan menyatakan bahawa kaunselor faham dengan apa yang dinyatakn oleh klien.
Kemahiran Membina Perhubungan
Secara asasnya, hubungan memang wujud sejak
awal pertemuan lagi. Tahap kemahiran ini termasuklah keupayaan kaunselor untuk memberi
perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberi persepsi pertama
yang positif. Aspek-aspek berikut perlu diambil kira iaitu :
a) Membina suasana alam sekeliling yang
selesa sebagai conthnya menyediakan kerusi dan meja yang sesuai, memastikan
suhu bilik dalam keadaan sesuai, memastikaan keadaan bilik tidak terlalu
sempit, bukan tempat lalu lalang atau bersebelahan dengan tandas, dan
memastikan bilik kaunseling dalam keadaan kemas.
b) Mewujudkan suasana terapeutik iaitu
mewujudkan suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan yang membolehkan sesi
kaunseling berjalan dengan lancar.
c) Menyediakan jarak ruang berkomunikasi
yang sesuai dan selesa. Jarak yang dicadangkan adalah antara 1 hingga 1.5
meter. Pada jarak ini, keaunselor dapat melihat perubahan tingkah laku klien.
Kemahiran Memberi Perhatian
Kemahiran memberi perhatian adalah
merangkumi aspek-aspek berikut:-
a) Postur badan iaitu kaunselor perlu duduk
dengan keadaan badannya condong sedikit ke hadapan menghadap klien. Ini menandakan
kaunselor itu bersedia untuk membantunya.
b) Intonasi suara iaitu kepekaan kaunselor
dalam memahami intonasi suara klien yang menggambarkan emosinya tantang masalah
yang dibincangkan.
c) Ekspresi wajah. Seorang guru kaunselor
perlu memberi ekspresi wajah yang ceria kepada klien supaya dapat meyakinkan
klien untuk berkongsi masalah dengan kaunselor.
d) Pandangan mata. Kaunselor sebaik baiknya
bertentangan mata dengan klien tetapi pada masa yang sama perlu menjaga batasan
agama dan mengikut kesesuaian keadaan.
e) Senyuman. Senyuman merupakan unsur
penting dalam sesi kaunseling terutamanya pada peringkat awal Senyuman daripada
kaunselelor mampu meredakan sedikit ketegangan yang dihadapi oleh klien.
Senyuman daripada seorang kaunselor juga mampu membuatkan klien berasa selesa
untuk berkongsi masalah bersama kaunselor.
Kemahiran Merefleksi
Refleksi merujuk kepada satu usaha memahami
klien dari persepsi dirinya sendiri. Kemahiran refleksi terbahagi kepada tiga
iaitu :
a) Refleksi Isi. Iaitu pernyataan semula
oleh kaunselor tentang maklumat yang disampaikan oleh klien. Idea atau maklumat
ini dinyatakan atau diulang semula oleh kaunselor secara ringkas, padat dan
tepat tanpa menjejaskan maksud sebenarnya.
b) Refleksi Perasaan. Pernyataan semula
oleh kaunselor tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien.
Matlamatnya untuk memberi fokus tentang perasaan atau atau sikap klien tentang
perkara atau masalah yang dihadapinya. Ini juga dapat memberi peluang kepada
klien untuk meluahkan perasaannya dengan cara yang baik serta memberi kelegaan
kepada klien.
c) Refleksi Pengalaman. Refleksi pengalaman
dibuat oleh kaunselor setelah dia memerhati gerak geri tubuh badan semasa sesuatu pengalaman atau
perasaan yang diluahkan oleh klien.
Kemahiran
Merumus
Kemahiran merumus merangkumi aspek
mengulang dan menjelaskan apa yang telah diucapkan oleh klien. Merumus akan
memudahkan kaunselor dan klien untuk memberi fokus terhadap sesuatu perkara.
Rumusan boleh dibuat pada akhir sesi dengan tujuan mengingatkan kembali tentang
perkara yang dibincangkan. Ketika merumus bahasa yang digunkan perlulah mudah
difahami.
Kemahiran Membuat Kontrak
Membuat kontrak merujuk kepada usaha
mendapatkan persetujuan atau perjanjian daripada murid supaya dia akan
bertanggungjawab, berazam dan bertekad untuk melaksanakan apa yang telah
dipersetujui dalam sesi perbincangan tadi. Biasanya kontrak dibuat kepada kes-kes
yang memerlukan perubahan tingkah laku seperti ponteng, merokok, buli dan
sebagainya. Kontrak boleh dibuat secara lisan atau bertulis.
Kemahiran Memimpin
Memimpin melibatkan usaha kaunselor
menggalakkan klien bercakap dan mengawal perbincangan pelajar agar menerangkan
perkara utama sahaja. Oleh itu, hanya perkara yang sebenar sahaja dibincangkan.
Kemahiran Konfrantasi
Konfrantasi bermaksud mencabar klien dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat atau menggerakkan perkembangan klien. Konfrantasi dilakukan secara pelawaan atau ajakan supaya klien tidak berselindung dengan perkara yang sebenar.
RUMUSAN
Kemahiran Konfrantasi
Konfrantasi bermaksud mencabar klien dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat atau menggerakkan perkembangan klien. Konfrantasi dilakukan secara pelawaan atau ajakan supaya klien tidak berselindung dengan perkara yang sebenar.
RUMUSAN
Kaunselor perlu lah mendalami ilmu berkaitan bimbingan dan kaunseling untuk mambantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor berperanan memberikan khidmat nasihat yang berguna kepada klien. Seorang kaunselor juga perlulah mempunyai sikap yang positif setiap masa. Teori-teori yang berkaitan dengan kaunseling perlulah dipelajari oleh kaunselor untuk diaplikasikan semasa menyelesaikan masalah klien. Prinsip dan etika kaunseling juga perlulah dipatuhi oleh kaunselor supaya perjalanan sesi kaunseling berjalan dengan lancar. Sesunggungnya kerjaya sebagai kaunselor ini merupakan tugas yang mulia tetapi ia bukanlah tugas yang mudah. Tetapi ia akan mendatangkan kesan yang positif kepada semua orang.
RUJUKAN
1)Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah Rendah, Ibrahim Ahmad, 2002, Percetekan Cergas (M) Sdn. Bhd, Bangi
2) Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Knak, Mok Soon Sang, 2011, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. , Selangor
3) Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Knak, Lee Keok Cheong,Ee Ah Meng, Suppiah Nachippan, Taquiddin Abd Mukti, 2014, Oxford Fajar Sdn. Bhd. , Selangor
1)Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah Rendah, Ibrahim Ahmad, 2002, Percetekan Cergas (M) Sdn. Bhd, Bangi
2) Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Knak, Mok Soon Sang, 2011, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. , Selangor
3) Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Knak, Lee Keok Cheong,Ee Ah Meng, Suppiah Nachippan, Taquiddin Abd Mukti, 2014, Oxford Fajar Sdn. Bhd. , Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan